Seperti yang telah diwartakan sebelum ini, Penang Open e-Creative Challenge 2009 atau Cabaran Terbuka e-Kreatif Pulau Pinang 2009 telahpun tamat pada 30 APRIL 2009 yang lalu. Majlis pengumuman pemenang dan penyampaian anugerah akan disempurnakan seperti berikut:-
Pengumuman dari Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) selaku penganjur Cabaran:
Semua peserta dan rakan-rakan dijemput untuk menghadiri satu upacara rasmi penyampaian hadiah pada 23 Mei 2009 di Bukit Jambul Country Club, Pulau Pinang. Sejajar dengan upacara ini, program-program yang menarik akan diaturkan untuk semua hadirin. 

Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang) juga turut serta sebagai calon, tapi nampaknya cabaran ini agak sengit dan laman Web ini pulak menghadapi beberapa masalah teknikal di minggu terakhir penutupan penilaian juri. Insya Allah, akan dipermantapkan secara agresif pada bulan-bulan mendatang, dengan barisan ahli-ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik pada Mesyuarat Agung terbaru pada hari Rabu, 13 MEI 2009 yang lalu.
Tahniah dan Syabas kepada semua pemenang dan peserta!
Nota: Maklumat acara dari laman PDC.
Majlis Penyampaian Anugerah Cabaran Terbuka e-Kreatif Pulau Pinang @ Bukit Jambul Country Club (Sabtu, 23 MEI 2009)
Posted by NaS at 22.5.09 0 comments Links to this post
Labels: communication, community, events, events in penang, government, ict, news, web
Usahawan Perlu Ceburi atau Teroka Pasaran Baru!
Semua usahawan boleh memajukan perniagaan masing-masing dan meningkatkan jumlah pelanggan dengan menceburi pasaran baru atau membuka pasaran baru untuk produk keluaran syarikat-syarikat tempatan atau luar.
Begitu saranan Yang Amat Berbahagia, Tun. Dr. Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang terkenal sebagai seorang negarawan ulung, khususnya dalam bidang ekonomi dan pembangunan sosial negara berdekad lamanya, ketika Ucaptama dalam siri Forum Kepimpinan MSC Malaysia di Cyberjaya baru-baru ini. ("Create new market for local products" - BERNAMA, 22 APR 2009)
Kini, usahawan di Pulau Pinang atau dari mana sahaja boleh meneroka pasaran baru di Balik Pulau dan puluhan kawasan luar bandar di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak yang mana selama ini kurang diterokai secara optimum....
Sebuah syarikat tempatan, Pusat Komputer Balik Pulau dengan kerjasama Pusat Internet Desa (PID) Balik Pulau, sebuah inisiatif kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi & Budaya (atau terdahulunya di bawah KTAK) mengadakan peluang untuk semua memasarkan produk dan servis masing-masing ke sehingga 50,000 penduduk di kawasan-kawasan dalam daerah Barat Daya Pulau Pinang atau parlimen Balik Pulau melalui Media Pemasaran Bersepadu InfoBiz.
Walaupun PID, yang terletak di sisi bangunan Pejabat Pos Malaysia Berhad di pekan Kongsi, telahpun memberi khidmat kepada ribuan ahli masyarakat sekitarnya selama lebih enam tahun kini sejak tahun 2003, Pegawai Penyelianya, Puan Siti Huraizah bt. Abdul Rahman terus menyedari bahawa komuniti terbabit masih jauh ketinggalan dalam penggunaan ICT, khususnya Internet yang dianggarkan hanya di tahap kurang daripada 10% untuk kawasan parlimen bersaiz separuh Pulau Pinang (tidak termasuk Seberang Perai dalam negeri Pulau Pinang), termasuk Teluk Bahang, Pulau Betong (termasuk pekan Kongsi) dan Bayan Lepas (tidak termasuk Pusat Industri Bayan Lepas atau bandar-bandar Sungai Ara, Relau dan Bayan Baru).
"Untuk menghubungkan masyarakat dengan lebih padu dan cepat serta memboleh setiap penduduk mendapatkan maklumat perniagaan dan sosial, InfoBiz telah dilahirkan sebagai projek media bersepadu menggabungkan kedua-dua kaedah penyebaran bercetak dan media sosial Internet.", kata Nasir Sobri, Pengarah projek InfoBiz yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau.
Dengan mengiklan dalam terbitan bulanan InfoBiz, pemilik-pemilik perniagaan boleh mencapai jumlah isirumah terbesar di pasaran 'tercicir' Balik Pulau dan luar. Ini kerana melalui usahasama dengan PID yang mempunyai rangkaian eKomuniti yang luas di seluruh Pulau Pinang, dan seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, berjumlah 42 pusat sepertinya dengan jumlah pengguna melebihi 100,000 orang.
Sebagai sebuah entiti di bawah kementerian yang baru disatukan, visi lalu untuk merapatkan jurang digital di luar bandar akan boleh diperluaskan melalui capaian media menyeluruh yang boleh memainkan peranan efektif dalam pembangunan sosio-ekonomi kawasan-kawasan terbabit.
Siti Huraizah menjelaskan bahawa pihaknya melalui Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau sedang menyediakan pelan untuk membolehkan masyarakat tempatan untuk meneroka dunia media yan luas, melalui kerjasama dengan agensi-agensi terwibawa dalam kementerian yang baru tersebut. "Justeru, PID-PID lain di seluruh negara bakal juga mengadakan projek-projek sepertinya di kawasan masing-masing, dan menguasakan komuniti terbabit dengan maklumat dan teknologi-teknologi untuknya", tambah Siti Huraizah yang juga dikenali sebagai "Ija" di kalangan penduduk-penduduk setempat.
Usahawan atau pegawai-pegawai pemasaran yang berminat untuk membuat pesanan ruang iklan dalam isu sulung InfoBiz yang akan diterbitkan dan diedarkan bermula 1 JUN 2009, bolehlah membuat pesanan melalui sistem online, pada atau sebelum 15 MEI 2009:
Borong offline juga boleh didapati melalui emel/muatturun atau dengan melawat Pusat Internet Desa di Pejabat Pos Malaysia Berhad (berhadapan Maybank atau bersebelahan Dataran Tuah), Balik Pulau. PID dibuka setiap hari, bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, kecuali Hari Minggu atau Hari Cuti Umum.
Archive
-
▼
2009
(35)
-
►
April
(7)
- Delegasi MNCC Melawat AMD Pulau Pinang (30 APR 200...
- Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2009 @ DPMMPP (13 ME...
- Enterprise Lab for Technopreneurs in Pulau Pinang....
- #1 Website for ICT in Pulau Pinang!
- PC Fair 2009 @ Penang (17-19 APRIL 2009)
- Penang Open e-Creative Challenge 2009
- Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2009 DPMMPP @ George...
-
►
March
(8)
- MiRC's Micro-financing expo @ Penang (17apr09)
- Sang Saka Biru - Polis Sedia Berkhidmat @ George T...
- Looking for some cash injection/help?
- FORUM & SEMINAR: Peranan Media Massa (Baru) Dalam ...
- Macam mana nak guna Twitter?
- Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2009 yakni ...
- MSC Malaysia Innotech/NEF NetBash @ PDC (25-26mar2...
- Outsourcing 2009: Asia’s Role in the NEW Global Ec...
-
►
April
(7)

