Delegasi MNCC Melawat AMD Pulau Pinang (30 APR 2009)


In Penang AMD's Sheriff wear USA style sherriff uniform.


Some of the USM delegates




Tayangan slaid alternatif (kurang tapisan):



Nota: Lawatan Industri Sambil Belajar & Membina Rangkaian ke kompleks AMD (Advance Micro Devices) Export Sdn Bhd ini dianjurkan oleh Gabungan Komputer Nasional Malaysia (Malaysian National Computer Confederation - MNCC). Delegasi MNCC diketuai oleh Pengerusi Pusat Wilayah Utara/Pulau Pinang MNCC, En. Krishnan a/l Sumasundram berserta dengan wakil-wakil jawatankuasa termasuk En. Nasir (Timbalan Pengerusi), En. Choo (Setiausaha Kehormat) dan En. Khoo (AJK). Pihak hos dari AMD diwakili oleh pengurus-pengurus kanan AMD Export termasuk Puan Jariyah, En. Leong dan En. Soon. Timbalan Presiden AMD Export & Pengarah Urusan, Dato' Dr. Mohd Sofi Osman juga telah meluangkan masa untuk memberikan ucapan aluan dan pembukaan.

Delegasi MNCC turut disertai oleh wakil-wakil daripada agensi kerajaan (Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang - PDC), organisasi akademik (Universiti Sains Malaysia dan Kolej Olympiad) dan syarikat-syarikat swasta. Beberapa ahli dari Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang) juga telah turut serta dalam delegasi lawatan ini.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2009 @ DPMMPP (13 MEI 2009)

Disertakan notis menurut Fasal 7 Perlembagaan Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang) yang telah disahkan dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 4hb OKTOBER 2007 (Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966, bernombor 1960-07-PPG).

Pengumuman/jemputan melalui pos dan emel juga telah dihantar pada hari ini, Selasa, 28 APRIL 2009 kepada pihak Tuan/Puan mengikut alamat terkini dalam fail. Untuk maklumat lanjut atau pengesahan keahlian, sila hubungi Pn Sharifah Sueinan (Sekretariat) di pejabat DPMMPP - (04) 250-3015. Terima kasih.

(PERINGATAN: SEMUA AHLI HENDAKLAH MENGHANTAR PENDAFTARAN BARU SECARA ONLINE UNTUK PENGEMASKINIAN MAKLUMAT, SEBELUM HADIR KE AGM 2009)


¬¬¬¬¬¬

28 APRIL 2009

Semua Ahli
Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang)

Dato' / Tuan / Puan / Cik:

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN USAHAWAN ICT PULAU PINANG 2009

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang) 2009 akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

TARIKH : 13 MEI 2009 (RABU)

MASA : BERMULA 10.00 PAGI

TEMPAT : BILIK PERSIDANGAN
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA PULAU PINANG
TINGKAT TAN SRI DATO' SERI SYED ABBAS AL-HABSHEE (12)
BANGUNAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU
NO. 1, LEBUH PANTAI, 10300 PULAU PINANG

AGENDA MESYUARAT:-

  1. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Sebelumnya
  2. Pembentangan Laporan Tahunan Bagi Tahun 2008
  3. Pembentangan Penyata Kira-kira yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2008
  4. Memilih & melantik Ahli-ahli Jawatankuasa (8 orang), Pemeriksa Kira-kira (2 orang) dan Pemegang Amanah (Harta) Sesi 2009-2011 (untuk tempoh dua tahun)
  5. Perkara-perkara Berbangkit
  6. Ucapan Tangguhan

Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan menjemput Dato' / Tuan / Puan / Cik untuk hadir ke Mesyuarat tersebut di atas. Kehadiran Dato' / Tuan / Puan / Cik ke Mesyuarat ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


Yang menjalankan amanah,


Setiausaha Kehormat

Enterprise Lab for Technopreneurs in Pulau Pinang...

Tak lama lagi, puluhan usahawan teknologi di Pulau Pinang, termasuk di bidang ICT/Perisian, Frekuensi Radio dan Automasi (Mekanikal/Robotik) akan dapat menikmati kemudahan pejabat yang selesa dan canggih untuk membolehkan mereka membina dan mengukuhkan perniagaan baru ke arah mencapai status MSC Malaysia.




Fasiliti bernama "Enterprise Lab" yang dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) ini memuatkan sekurang-kurang dua puluh buah ruang pejabat, dan pelbagai kelengkapan komputer dan perangkaian Internet. Enterprise Lab terletak di bangunan kompleks Mayang Mall yang telah diluluskan sebagai zon berstatus MSC dalam salah satu daripada tiga zon Penang Cyber City (PCC) yang telah diwartakan pada tahun 2005.

Pengurusan "makmal enterprais", buat ketika ini sedang diperkemaskan dengan kerjasama Invest-in-Penang Berhad yang mana sebuah syarikat akan ditubuhkan mewakili semua kluster-kluster perniagaan berasaskan teknologi di bawah seliaan Invest Penang, yakni TechBiz, SCOPE, PACC dan PFRC, serta Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang).

Makmal ini dijadualkan untuk dibuka untuk kegunaan usahawan-usahawan yang layak selewat-lewatnya bermula bulan September 2009.

GAMBAR: Penulis bersama Pengerusi Interim Cluster Alliance Sdn Bhd (dicadangkan) berserta kakitangan-kakitangan dari Invest-in-Penang Bhd dan Penang Development Corporation, kedua-duanya agensi di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang.

#1 Website for ICT in Pulau Pinang!

In just six month since inception of this blog site (since October 2008), ICTpenang.com has welcomed more than 5,000 visitors from over 500 cities around the world, making it one of the most popular websites in the state of Penang, Malaysia dedicated to topics related to Information & Communications Technologies, and its local (business) communities.

Just search for the term "ICT Penang" or "Penang ICT" on Google or Yahoo, and you'd likely see ICTpenang.com as the #1 result among over 200,000 and 600,000 web pages returned, respectively by the two most popular global search engines, ahead of sites by many other ICT-centric companies, government agencies and NGOs in Penang, many of which had been setup many years earlier, and costed much more in development - Consider that ICTpenang.com is operated by only two voluntary webmasters cum bloggers, designers, SEO/IM experts etc.

The costs? NONE to Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang!
(The minimal costs of domain registration and web hosting at under RM200/year are sponsored by a member company - 1oasis.net).

Besides catering to Malaysians from Kuala Lumpur, George Town, Prai, Butterworth, Petaling Jaya and Ipoh among others, ICTpenang.com have also received visits from over 70 countries including the United States (13.4%), Singapore (2.6%), Indonesia, United Kingdom, Australia, Thailand, India, Hong Kong (China) and Germany.

We will soon be opening a section for all member companies to advertise respective website/blog's URL for FREE -- All you need to do to participate is to complete and submit an online membership registration, and complete membership fee payment to ICT Penang's secretariat/treasurer.

Stay tuned for more integrated Internet Marketing & Commerce opportunity for Penang ICT entrepreneurs and businesses!

PC Fair 2009 @ Penang (17-19 APRIL 2009)

The third leg of PC Fair 2009 - April, following the ones held in Kuala Lumpur Convention Centre last weekend among others, include the following four venues:-

  1. Miri Indoor Stadium, Miri - Sawarak
  2. Sibu Trade & Exhibition Centre, Sibu - Sarawak
  3. Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau
  4. Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir
Each venue will be open between the hours of 11:00 am until 9:00 pm.

Among ICT Penang's members which will be participating as vendors include Makson Computer Sales & Service Sdn Bhd. (Khalil & Rozanna) and Iszu Computer Sdn Bhd (Iszuree)

For more information:
Contact the PC Fair Team at +603 7955 2922 or pcfair@pikom.org.my

Penang Open e-Creative Challenge 2009

POeCC

Satu peluang untuk anda meneroka kreativiti organisasi anda serta meningkatkan profil dan meningkatkan laman web anda ke seluruh Malaysia dan dunia.

POeCC09 kali ini merupakan pertandingan Laman Web Terbuka kepada semua pusat e-Komuniti dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Laman web yang dipertanding mestilah mempunyai maklumat yang informatif, interaktif serta mesra pengguna khususnya untuk capaian dan manfaat komuniti

Hadiah-Hadiah

Hasil karya dan laman web yang terbaik daripada salah satu subkategori akan menerima hadiah yang menarik.

  • Hadiah Utama

Trofi ‘Cabaran PDC’ bagi laman web yang terbaik dari kategori Pusat e-Komuniti dan Organisasi Badan Bukan Kerajaan

  • Kategori Terbuka (Laman Web Pusat e-Komuniti)

Hadiah Pertama: RM3,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Kedua: RM2,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Ketiga: RM1,000 dan trofi POeCC09

5 hadiah saguhati: RM500 setiap pemenang

  • Kategori Terbuka (Laman Web Organsasi Badan Bukan Kerajaan)

Hadiah Pertama: RM3,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Kedua: RM2,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Ketiga: RM1,000 dan trofi POeCC09

5 hadiah saguhati: RM500 setiap pemenang

***Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan daripada penganjur***

Syarat-Syarat Penyertaan

Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

Borang Penyertaan

Sila klik disini untuk muat turun borang penyertaan. Anda juga boleh terus menghantar penyertaan anda melalui borang online yang disediakan.

Kriteria Penilaian Juri

Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

Upacara Penyampaian Hadiah

Semua peserta dan rakan-rakan dijemput untuk menghadiri satu upacara rasmi penyampaian hadiah pada 16 Mei 2009 di Bukit Jambul Country Club, Pulau Pinang. Sejajar dengan upacara ini, program-program yang menarik akan diaturkan untuk semua hadirin.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup untuk penyertaan bagi semua kategori adalah pada 30 April 2009, 12 tengah hari (melalui emel kepada usha@pdc.gov.my atau faks 04-6424746).

Pertanyaan

Untuk maklumat tambahan dan penjelasan proses serta peraturan-peraturan mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

Pn. Roseni Ibrahim atau Pn. Usha Rani

Bahagian ICT

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang

No. 1 Pesiaran Mahsuri

11909 Bayan Baru

Pulau Pinang

Fax: 04-6424746

Tel: 04-6340303 (Pn. Roseni) 04-6340306 (Pn. Usha)

Emel: rose@pdc.gov.my; usha@pdc.gov.my



SEPERTI YANG DIWARTAKAN DI LAMAN WEB PENANG DEVELOPMENT CORPORATION: C A B A R A N e-KREATIF TERBUKA PULAU PINANG 2009

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2009 DPMMPP @ George Town (17apr09)

Semua ahli-ahli Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang) dijemput untuk turut sama menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (AGM-DPMMPP) 2009 yang akan diadakan seperti berikut:-

TARIKH: Jumaat, 17 APRIL 2009

TEMPAT: Dewan Bosch, Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, George Town, Pulau Pinang

MASA: Bermula 3 petang

Ahli-ahli aktif DPMMPP boleh juga menyertai mesyuarat. Lain-lain adalah sebagai pemerhati.

Sekian. Harap maklum.

Archive