Penang Open e-Creative Challenge 2009

POeCC

Satu peluang untuk anda meneroka kreativiti organisasi anda serta meningkatkan profil dan meningkatkan laman web anda ke seluruh Malaysia dan dunia.

POeCC09 kali ini merupakan pertandingan Laman Web Terbuka kepada semua pusat e-Komuniti dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Laman web yang dipertanding mestilah mempunyai maklumat yang informatif, interaktif serta mesra pengguna khususnya untuk capaian dan manfaat komuniti

Hadiah-Hadiah

Hasil karya dan laman web yang terbaik daripada salah satu subkategori akan menerima hadiah yang menarik.

  • Hadiah Utama

Trofi ‘Cabaran PDC’ bagi laman web yang terbaik dari kategori Pusat e-Komuniti dan Organisasi Badan Bukan Kerajaan

  • Kategori Terbuka (Laman Web Pusat e-Komuniti)

Hadiah Pertama: RM3,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Kedua: RM2,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Ketiga: RM1,000 dan trofi POeCC09

5 hadiah saguhati: RM500 setiap pemenang

  • Kategori Terbuka (Laman Web Organsasi Badan Bukan Kerajaan)

Hadiah Pertama: RM3,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Kedua: RM2,000 dan trofi POeCC09

Hadiah Ketiga: RM1,000 dan trofi POeCC09

5 hadiah saguhati: RM500 setiap pemenang

***Semua peserta akan mendapat sijil penyertaan daripada penganjur***

Syarat-Syarat Penyertaan

Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

Borang Penyertaan

Sila klik disini untuk muat turun borang penyertaan. Anda juga boleh terus menghantar penyertaan anda melalui borang online yang disediakan.

Kriteria Penilaian Juri

Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

Upacara Penyampaian Hadiah

Semua peserta dan rakan-rakan dijemput untuk menghadiri satu upacara rasmi penyampaian hadiah pada 16 Mei 2009 di Bukit Jambul Country Club, Pulau Pinang. Sejajar dengan upacara ini, program-program yang menarik akan diaturkan untuk semua hadirin.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup untuk penyertaan bagi semua kategori adalah pada 30 April 2009, 12 tengah hari (melalui emel kepada usha@pdc.gov.my atau faks 04-6424746).

Pertanyaan

Untuk maklumat tambahan dan penjelasan proses serta peraturan-peraturan mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

Pn. Roseni Ibrahim atau Pn. Usha Rani

Bahagian ICT

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang

No. 1 Pesiaran Mahsuri

11909 Bayan Baru

Pulau Pinang

Fax: 04-6424746

Tel: 04-6340303 (Pn. Roseni) 04-6340306 (Pn. Usha)

Emel: rose@pdc.gov.my; usha@pdc.gov.my



SEPERTI YANG DIWARTAKAN DI LAMAN WEB PENANG DEVELOPMENT CORPORATION: C A B A R A N e-KREATIF TERBUKA PULAU PINANG 2009

0 comments:

Archive