Flashes from the Press

Loading...

Enterprise Lab for Technopreneurs in Pulau Pinang...

Tak lama lagi, puluhan usahawan teknologi di Pulau Pinang, termasuk di bidang ICT/Perisian, Frekuensi Radio dan Automasi (Mekanikal/Robotik) akan dapat menikmati kemudahan pejabat yang selesa dan canggih untuk membolehkan mereka membina dan mengukuhkan perniagaan baru ke arah mencapai status MSC Malaysia.




Fasiliti bernama "Enterprise Lab" yang dibangunkan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) ini memuatkan sekurang-kurang dua puluh buah ruang pejabat, dan pelbagai kelengkapan komputer dan perangkaian Internet. Enterprise Lab terletak di bangunan kompleks Mayang Mall yang telah diluluskan sebagai zon berstatus MSC dalam salah satu daripada tiga zon Penang Cyber City (PCC) yang telah diwartakan pada tahun 2005.

Pengurusan "makmal enterprais", buat ketika ini sedang diperkemaskan dengan kerjasama Invest-in-Penang Berhad yang mana sebuah syarikat akan ditubuhkan mewakili semua kluster-kluster perniagaan berasaskan teknologi di bawah seliaan Invest Penang, yakni TechBiz, SCOPE, PACC dan PFRC, serta Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang).

Makmal ini dijadualkan untuk dibuka untuk kegunaan usahawan-usahawan yang layak selewat-lewatnya bermula bulan September 2009.

GAMBAR: Penulis bersama Pengerusi Interim Cluster Alliance Sdn Bhd (dicadangkan) berserta kakitangan-kakitangan dari Invest-in-Penang Bhd dan Penang Development Corporation, kedua-duanya agensi di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang.

0 comments:

Archive