Disertakan notis menurut Fasal 7 Perlembagaan Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang) yang telah disahkan dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 4hb OKTOBER 2007 (Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966, bernombor 1960-07-PPG).
Pengumuman/jemputan melalui pos dan emel juga telah dihantar pada hari ini, Selasa, 28 APRIL 2009 kepada pihak Tuan/Puan mengikut alamat terkini dalam fail. Untuk maklumat lanjut atau pengesahan keahlian, sila hubungi Pn Sharifah Sueinan (Sekretariat) di pejabat DPMMPP - (04) 250-3015. Terima kasih.
(PERINGATAN: SEMUA AHLI HENDAKLAH MENGHANTAR PENDAFTARAN BARU SECARA ONLINE UNTUK PENGEMASKINIAN MAKLUMAT, SEBELUM HADIR KE AGM 2009)
¬¬¬¬¬¬
28 APRIL 2009
Semua Ahli
Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang)
Dato' / Tuan / Puan / Cik:
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN USAHAWAN ICT PULAU PINANG 2009
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang) 2009 akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:
TARIKH : 13 MEI 2009 (RABU)
MASA : BERMULA 10.00 PAGI
TEMPAT : BILIK PERSIDANGAN
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA PULAU PINANG
TINGKAT TAN SRI DATO' SERI SYED ABBAS AL-HABSHEE (12)
BANGUNAN DEWAN PERNIAGAAN MELAYU
NO. 1, LEBUH PANTAI, 10300 PULAU PINANG
AGENDA MESYUARAT:-
- Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Sebelumnya
- Pembentangan Laporan Tahunan Bagi Tahun 2008
- Pembentangan Penyata Kira-kira yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2008
- Memilih & melantik Ahli-ahli Jawatankuasa (8 orang), Pemeriksa Kira-kira (2 orang) dan Pemegang Amanah (Harta) Sesi 2009-2011 (untuk tempoh dua tahun)
- Perkara-perkara Berbangkit
- Ucapan Tangguhan
Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan menjemput Dato' / Tuan / Puan / Cik untuk hadir ke Mesyuarat tersebut di atas. Kehadiran Dato' / Tuan / Puan / Cik ke Mesyuarat ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan amanah,
Setiausaha Kehormat


0 comments:
Post a Comment