Yg Bhg Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan/Cik:
Jemputan ke Blog Bash @ Balik Pulau 2009 (Ahad, 22 MAC ’09)
Sekretariat Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau dengan sokongan Pusat Internet Desa, sebuah inisiatif Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) akan menganjurkan program sehari bertemakan “Pemantapan Media Komuniti untuk Pembangunan Ekonomi & Sosial Lokal” dalam bentuk forum, seminar dan bengkel berkaitan teknologi media Web 2.0 pada hari Ahad ini, 22 MAC 2009 bertempat di Dewan Balora Mastika (sebelah Padang/Bangunan K-Komuniti/JKKK Kongsi), Balik Pulau, Pulau Pinang.
2. Program ini dianjurkan bersama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC/MSC Malaysia) dan Persatuan Usahawan ICT Pulau Pinang (ICT Penang). Disertakan keterangan program untuk makluman pihak Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan/Cik.
3. Pihak kami mengalu-alukan penglibatan pihak Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan/Cik dalam program ini. Sekiranya berminat, diharap dapat berhubung dengan kami seberapa segera, selewat-lewatnya hari Khamis, 19 MAC 2009 untuk perbincangan lanjutan.
4. Untuk sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi secara terus di talian (019) 579-6575 atau melalui emel ke ija@balikpulau.org
Sekian, Terima Kasih.
Pn Siti Huraizah bt. Abdul Rahman
Setiausaha Kehormat
Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (KUSBP)
d/a Pusat Internet Desa Balik Pulau (PIDBP)
Pejabat Pos Malaysia Berhad
11000 BALIK PULAU, Pulau Pinang
TELEFON & FAKS: (04) 866-2706
E: kusbp@pp.my W: http://kusbp.pp.my
Blog Bash 2009 @ Balik Pulau
(Prelud untuk MSC Malaysia/NEF Netbash 2009 @ Penang – Rabu, 25 MAC ‘09)
Ahad, 22 MAC 2009
• TEMA: Pemantapan Media Komuniti untuk Pembangunan Sosial & Ekonomi Lokal.
• MASA: 8 pagi – 4:00 petang
• TEMPAT: Dewan Balora Mastika (sebelah Padang/Bangunan JKKK Kongsi)
• YURAN: RM10 setiap peserta. Minum pagi dan makan tengahari disediakan.
• BENGKEL TERHAD KEPADA 50 PESERTA SAHAJA.
ACARA
- 8 pagi – Pendaftaran, Perangkaian & Video (PID & World)
- 8:30 – Ucapan Aluan Pengerusi Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (KUS-BP)
- 8:40 – Ucapan Aluan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Teknousahawan, Perbadanan Pembangunan Multimedia (TeDD-MDeC)
- 8:50 – Prebiu: “Pemerdanaan Media Baru” oleh Timbalan Pengerusi KUSBP
- 9:10 – Ucapan Perasmian dan Pelancaran Forum & Seminar Blog Bash 2009/Balik Pulau oleh YB Sr Hj Muhamad Farid Hj Saad, Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Daerah (MPUD) Barat Daya, Pulau Pinang
- 9:30 – Minum Pagi, Speed Networking & Media
- 10:00 – FORUM: “Peranan dan Penggunaan Media Baru (Blog dsb.) dalam Pembangunan Ekonomi dan Sosial Tempatan. “ – Pakar-pakar dari Badan-badan Kerajaan, Industri/Perniagaan, Akademik & NGO/Sosial.
- 11:30 – Soal Jawab
- 11:50 – SEMINAR: Pembentangan “Projek Media Balik Pulau” oleh Setiausaha Kehormat KUSBP
- 12:10 tgh – SEMINAR: Pembentangan/Perkongsian oleh ahli Akademik/Perniagaan
- 1:00 ptg – Makan Tengahari, Solat Zohor & Video (Web 2.0)
- 2:00 – BENGKEL/Perkongsian Teknikal Web 2.0 & e-Dagang: Google (Blogspot, YouTube, Docs dll), WikiMedia, Scribd/Slideshare/DocStoc, Facebook, Twitter dll. (3-5 KUMPULAN berfasalitator)
- 2:30 – Perbincangan/Draf Pembentangan
- 3:00 – Pembentangan (5-minit setiap kumpulan) & Penutup
- 4:00 – Minum petang, Bergambar dan BERSURAI
Panel untuk Forum "Peranan Media Massa (Baru) untuk Pembangunan Sosial & Ekonomi" akan disertai oleh wakil-wakil daripada keempat-empat sektor komunity: pembuat dasar, akademik, industri/perniagaan dan pertubuhan sosial (NGO).
Belajar bagaimana media baru bukanlah sekadar "goBlog!", tapi akan menjanakan dagangan bernilai bertrillion Ringgit dalam masa beberapa tahun akan datang - bagaimana untuk tidak ketinggalan ketika terlena, dilepasi arus Globalisasi!
This event is a Prelude to MSC Malaysia/NEF Netbash & Innotech 2009, scheduled for 25 MAR 2009 @ PDC Bayan Baru.
Gunakan Pembaca Kod Bar QR (juga kedapatan di beberapa model telefon bimbit) untuk memindahkan maklumat acara ke alatan mudah alih anda. Pelajari dengan lebih lanjut tentang Kod QR di Wikipedia.Anda tak pernah dengar tentang Web 2.0? Kenali Web 2.0 ataupun Sesawang Bermuafakat dalam masa kurang daripada 5 minit:
Belajar juga tentang Revolusi Maklumat:


0 comments:
Post a Comment